Sunday 20 April 2014

Sahabat dunia akhirat

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua hari ni?sihat?sesiapa yang sempat/sudi membaca entry kali ni,saya doakan dia sihat dan tenang di dunia & di akhirat sana..Ameenn..

Hari ni saya nak cerita tentang SAHABAT.
Apa beza sahabt dengan kawan?
Apa beza sahabt dengan teman?
memang banyak sangat perbezaannya..
Kali ni saya menulis tentang sahabt kerana Miss amat rindu dengan 
sahabat saya yang sorang ni.

Saya akan gelar dia sebagai cik A.
Keluarga kami pun saling kenal,jadi rasalah kemanisan persahabatan kami ni.
Dalam hidup ni kalau tiada sahabat memang rugi.

"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang terbaik terhadap temannya
dan sebaik - baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik 
terhadap jirannya".
(Hadis Riwayat Al-Hakim)

Cik A memang sentiasa ada di saat saya susah atau senang.
sentiasa memberi kata-kata semangat.
Menyedarkan saya bahawasanya,saya ni masih berpijak di bumi yang ada tuannya.
Akan berasa lega apabila saya mempunyai seseorang yang boleh di percayai
dan disayangi.Sebab itu tidak rugi sedikit pun jika kita mencari sebenar-benar sahabat.
kerana ianya memang saling melengkapi.
dari kita cari BOYFRIEND yang tak tau penghujung nya apa,betul tak?
Kawan,Teman memang senang dicari,tetapi sahabt.tidak akan semudah itu.
Kawan akan terjalin bila kita mengenalkan diri kita dan mula rasa senang dengan dia.
Teman sentiasa berada di  masa kita memerlukan(itupun kejap ada,kejap tak de macam chipsmore).
Sahabat pula,sentiasa meengkapi antara satu sama lain.(hebat sungguh)

Kami juga sentiasa berkongsi ilmu dunia/akhirat..
Teringat satu kata-kata,

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya kamu
 teringat akan Allah,mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya teringat mati".

Terkadang,kawan ni boleh menjerumuskan kita ke arah yang tidak baik.
Sebelum kita menjadi rapat dengan dia,lebih baiklah jikalau kita selidik
latar belakang dia.Tak salah pun.Biarlah orang nak kata kita tak percaya kawan.
Dah sememangnya kita tak boleh nak percaya semua orang sangat bukan?
Bila kita dah kenal hati budi masing-masing barulah kita boleh selami jiwa dan perasaan dia..

Bukan senang nak cari sahabt ni.tak sesenang nak mencari 'PAKWE'..
Dalam hidup ni kalau kita nak benda yang TIP TOP atau pun SUPERB kenalah 
usaha lebih.takkan semuanya nak tersedia depan mata je..




Cik A,
Saya amat bersyukur kerana Allah pertemukan kita didalam satu tempat yang penuh dengan ilmu,
Walaupun sebelum kita menjadi sahabat,kita sering bertengkar,membenci,
tetapi itu semua hanya terjadi di saat kita tidak mengenali atara satu sama lain,
setelah kita mengenal hati budi masing-masing,terasalah kemanisan bersahabat itu,
walaupun orang tidak mengerti/memahami.

Cik A,
Pedulikan apa orang nak kata,
Pedulikan cemuhan dari orang lain,
Yang penting adalah diri kita sendiri,
Perasaan kita sendiri & tujuan kita sendiri.

Cik A,
Jadilah diri sendiri,
Saya benar-benar bangga mempunyai sahabat sehebat awak,MASYALLAH..
Walaupun awak jauh di mata saya,
saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan awak wahai sahabatku.
Jadikan Al-Quran yang awk pegang sekarang ni sebagai penguat semangat awak.
Jangan sentiasa bergantung kepada manusia,
Bergantunglah pada Allah,
Sesungguhnya Allah sentiasa ada dekat dengan kita..
  
                                                                                                             SAHABATMU,
                                                                                                                 MISS A




No comments:

Post a Comment