Wednesday, 14 May 2014

Masa akan datang

Setiap orang berhak di beri peluang kedua..
sebesar manapun kesalahannya,maafkanlah dia.
terkadang dia tak sengaja menimbulkan kekacauan diantara perhubungan..
akhirnya,kedua-duanya akan merasa perih yang teramat sangat...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ramai yang bertanya kapada saya,apakah yang saya inginkan di masa akan datang?
apakah impian saya?
mengapa tidak cuba buat itu,ini...

wahai anda-anda semua,,tahukah anda..
bahawa setiap pertanyaan anda kepada saya tentang masa akan datang adalah satu perkara yang paling perit saya rasakan?
Mungkin bagi anda,itu hanya sekadar pertanyaan biasa..
tapi bagi saya ianya adalah pertanyaan yang tidak mungkin dijawab oleh saya secara tepat..
pernah kah anda terfikir tentang "mengapa" saya hanya membisu setelah di beri pertanyaan yang bertubi2..
PERNAHKAH??
Ianya kerana saya tidak ingin berkongsi/buntu apa yang harus saya jawab..

Hidup ni tak seindah yang kita bayangkan seperti di dalam drama2,sinetron2..
Hidup ini bukan fantasi,tetapi realiti..
bila hanya terbayang sahaja difikiran tentang masa akan datang,saya sudah jadi tak keruan..
terkadang senyum,,
terkadang sedih,,
terkadang nangis..
Ianya menggambarkan betapa takutnya saya untuk menjalani hari esok...

Ya,,Benar..Betul..
Saya hanya memikirkan salah satu jalan penyelesaiannya adalah dengan mencari
pasangan hidup yang sesuai..tetapi bila di fikirkan semula...
Ia bukan lah satu jalan yang sempurna untuk diri saya buat masa sekarang ni..
Saya keliru,buntu..

Apakah pengakhiran kehidupan saya akan dikelilngi dengan impian yang tak pernah terjangka?
bila melihat sahabt2 saya yang boleh menewaskan ego masing2,teramatlah saya terasa cemburu dan iri hati dengan mereka..
mereka dapat capai apa yang mereka inginkan,,..SAYA???


Friday, 25 April 2014

Akhir Zaman

Hebat nya dunia zaman sekarang ni,banyak sungguh penipuan.
Kat mana- mana kita boleh nampak orang yang menipu.
Jangan kata menipu je,fitnah di antara sendiri pon ada..
Masyallah..
Sungguh "HEBAT" manusia zaman sekarang..

Yang buatkan saya heran tu,orang yang ilmu dia seciput pon boleh sesuka hati jatuh kan hukuman kepada orang lain..Dahlah tu,nak menuduh orang yang tinggi ilmunya pulak tu..Bagus sangat ke awak tu,hebat sangat ke awak tu..
Miss ni pon bukan lah nak menghukum orang,tapi hanya nak ingatkan..kita ni hidup sementara je,
kalau awak seorang yang tak takut dengan api neraka dan teringin sangat nak masuk kesana..
Masuk lah sorang2,tak perlu nak mengajak orang lain...

okey,sebelum tu saya nak beri peringatan ea,,apa yang saya nak kata ni memang menyakitkan hari sesetengah pihak,,yang tak ingin nak baca di persilakan lah ye keluar..
benda ni memang umum,tak spesifik untuk sesiapa pun ok.

Now,balik pada tajuk..
Kat Malaysia sekarang ni,banyak sangat ajaran sesat..disebabkan itu,banyak sangat percanggahan yang terjadi..dunia ni pun makin tua..dah nak sampai ke penghujungnya..Miss sarankan kita balik lah pada Al Quran...jangan nak percayakan kata2 orang..

Mereka yang menganut ajaran sesat ni memang nak menjatuhkan para ulamak..
kita ni kenalah yakin kepada sesuatu yang kita pegang,tak keluarkan perkataan yang sepatutnya..
sampaikan boleh kata,,tak kesah jika dijilat api neraka...Astaghfirullah...
Api didunia ni pun kita tak sanggup,apatah lagi api neraka..

Terkadang bila saya baca berita dunia sekarang,memang sedih.
Sedih dengan perubahan manuisa yang semakin jahil,sedih dengan banyak kejadian pelik berlaku..
Mungkin kah tahun ini adalah tahun yang terakhir,,atau kita hanya ada saki baki 3 tahun lagi..?
Wallahu A'lam..
Hanya Allah yang ,mengetahuinya...
bersama lah kita balik kejalannya...




Sunday, 20 April 2014

Sahabat dunia akhirat

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua hari ni?sihat?sesiapa yang sempat/sudi membaca entry kali ni,saya doakan dia sihat dan tenang di dunia & di akhirat sana..Ameenn..

Hari ni saya nak cerita tentang SAHABAT.
Apa beza sahabt dengan kawan?
Apa beza sahabt dengan teman?
memang banyak sangat perbezaannya..
Kali ni saya menulis tentang sahabt kerana Miss amat rindu dengan 
sahabat saya yang sorang ni.

Saya akan gelar dia sebagai cik A.
Keluarga kami pun saling kenal,jadi rasalah kemanisan persahabatan kami ni.
Dalam hidup ni kalau tiada sahabat memang rugi.

"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang terbaik terhadap temannya
dan sebaik - baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik 
terhadap jirannya".
(Hadis Riwayat Al-Hakim)

Cik A memang sentiasa ada di saat saya susah atau senang.
sentiasa memberi kata-kata semangat.
Menyedarkan saya bahawasanya,saya ni masih berpijak di bumi yang ada tuannya.
Akan berasa lega apabila saya mempunyai seseorang yang boleh di percayai
dan disayangi.Sebab itu tidak rugi sedikit pun jika kita mencari sebenar-benar sahabat.
kerana ianya memang saling melengkapi.
dari kita cari BOYFRIEND yang tak tau penghujung nya apa,betul tak?
Kawan,Teman memang senang dicari,tetapi sahabt.tidak akan semudah itu.
Kawan akan terjalin bila kita mengenalkan diri kita dan mula rasa senang dengan dia.
Teman sentiasa berada di  masa kita memerlukan(itupun kejap ada,kejap tak de macam chipsmore).
Sahabat pula,sentiasa meengkapi antara satu sama lain.(hebat sungguh)

Kami juga sentiasa berkongsi ilmu dunia/akhirat..
Teringat satu kata-kata,

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya kamu
 teringat akan Allah,mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya teringat mati".

Terkadang,kawan ni boleh menjerumuskan kita ke arah yang tidak baik.
Sebelum kita menjadi rapat dengan dia,lebih baiklah jikalau kita selidik
latar belakang dia.Tak salah pun.Biarlah orang nak kata kita tak percaya kawan.
Dah sememangnya kita tak boleh nak percaya semua orang sangat bukan?
Bila kita dah kenal hati budi masing-masing barulah kita boleh selami jiwa dan perasaan dia..

Bukan senang nak cari sahabt ni.tak sesenang nak mencari 'PAKWE'..
Dalam hidup ni kalau kita nak benda yang TIP TOP atau pun SUPERB kenalah 
usaha lebih.takkan semuanya nak tersedia depan mata je..




Cik A,
Saya amat bersyukur kerana Allah pertemukan kita didalam satu tempat yang penuh dengan ilmu,
Walaupun sebelum kita menjadi sahabat,kita sering bertengkar,membenci,
tetapi itu semua hanya terjadi di saat kita tidak mengenali atara satu sama lain,
setelah kita mengenal hati budi masing-masing,terasalah kemanisan bersahabat itu,
walaupun orang tidak mengerti/memahami.

Cik A,
Pedulikan apa orang nak kata,
Pedulikan cemuhan dari orang lain,
Yang penting adalah diri kita sendiri,
Perasaan kita sendiri & tujuan kita sendiri.

Cik A,
Jadilah diri sendiri,
Saya benar-benar bangga mempunyai sahabat sehebat awak,MASYALLAH..
Walaupun awak jauh di mata saya,
saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan awak wahai sahabatku.
Jadikan Al-Quran yang awk pegang sekarang ni sebagai penguat semangat awak.
Jangan sentiasa bergantung kepada manusia,
Bergantunglah pada Allah,
Sesungguhnya Allah sentiasa ada dekat dengan kita..
  
                                                                                                             SAHABATMU,
                                                                                                                 MISS A




Friday, 18 April 2014

Pengenalan baru di alam blogging.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Di dalam blog ini saya akan cuba memberi pandangan peribadi tentang sesuatu isu yang saya rasa patut diperkatakan.Mungkin pandangan saya betul ataupun tidak.Tapi,setiap orang berhak memberi pandangan dan pendapat masing-masing.

Maybe,lebih kepada luahan isi hati jee ok..

Bukan nak berlagak,hanya nak berkongsi pengalaman hidup ...
Biar dirahsiakan tentang diri ini supaya takkan ada yang dapat mengesan diri yang tak sempurna ini ok..